Peningkatan pandemik jejas pemulihan Malaysia

Peningkatan pandemik jejas pemulihan Malaysia. [Newspaper] (2021)



Abstract

Pertumbuhan 16.1 peratus pada suku kedua 2021 menunjukkan ekonomi Malaysia pulih, namun peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini menjejaskan momentum, demikian kata Moody's Analytics.

Ia berkata, eksport menjadi nadi kepada Malaysia dan keutamaan negara ini adalah melindungi pembuatan dan perdagangan luar negara untuk mendorong ekonomi domestik yang lembap pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia meningkat 16.1 peratus adalah sejajar dengan unjurannya meskipun peningkatan itu berikutan perbandingan asas yang rendah.

"Angka kes tertinggi dan sekatan yang lebih ketat di seluruh negara telah menjejaskan pemulihan ekonomi, seperti yang dicerminkan penguncupan 2.0 peratus, pelarasan bermusim dari suku tahunan ke suku tahunan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Gross Domestic Product (GDP), Economic Growth, Covid 19
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 30 Aug 2021 08:35
Last Modified: 30 Aug 2021 08:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item