Kebarangkalian dalam matematik: pasti atau tidak?

Kebarangkalian dalam matematik: pasti atau tidak? Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2018)



Abstract

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa perlu membuat sesuatu pilihan. Oleh kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak mampu untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan, kita hanya mampu membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk kita. Namun, kita selalu terhimpit antara dua perkara dalam membuat keputusan iaitu sama ada kita pasti ataupun tidak dengan keputusan itu. Setiap keputusan yang diambil biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu yang disebabkan oleh banyak perkara. Ketidakpastian atau kemungkinan ini dikenali sebagai kebarangkalian. Kebarangkalian adalah salah satu cabang dalam bidang statistik. Kebarangkalian adalah satu cara untuk mewakili darjah kepercayaan seseorang pada sesuatu keputusan apabila diberikan buktinya. Teori kebarangkalian ini digunakan secara meluas dalam bidang matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat kesimpulan berkaitan kebarangkalian sesuatu peristiwa terjadi.

Item Type: Article
Keywords: Statistik, Matematik, Probability theory
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Statistics
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 28 Dec 2021 08:17
Last Modified: 28 Dec 2021 08:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item