Pengurusan strategik: aplikasinya dalam organisasi perkhidmatan

Pengurusan strategik: aplikasinya dalam organisasi perkhidmatan. In: 2nd National Case Study Conference (NCSC) 2015. Institute for Management and Business Research, Kuching, Sarawak, pp. 536-542. ISBN 978-967-11030-4-3 (2015)



Abstract

Kertas kerja ini membincangkan konsep pengurusan strategik yang mampu mengenalpasti tahap prestasi sesebuah organisasi perkhidmatan. Konsep pengurusan ini ditunjangi oleh dua faktor utama yang mendasari sesebuah organisasi iaitu faktor keras (hard) dan faktor lembut (soft). Faktor keras terdiri daripada tiga elemen iaitu struktur, sistem dan strategi yang diamalkan oleh organisasi. Manakala faktor lembut terdiri daripada empat elemen iaitu skil, stail, staf, dan sama berkongsi nilai. Satu kajian bertujuan melihat adakah wujud perbezaan yang signifikan di antara dua faktor ini telah dijalankan. Satu sampel yang terdiri daripada 38 staf dalam sebuah organisasi perkhidmatan telah berjaya diambil. Melalui ujian t secara berpasangan didapati memang wujud perbezaan yang signifikan di antara faktor hard dan faktor soft. Bagaimanapun, apabila perbandingan dilihat secara berasingan bagi setiap elemen, empat perbandingan berpasangan didapati tidak signifikan. Dapatan ini menunjukkan bahawa organisasi ini perlu membuat penambahbaikan bagi membolehkan prestasi organisasi menuju ke tahap yang cemerlang. Justeru, keseimbangan semua elemen pengurusan adalah penting dalam menjana sebuah organisasi yang efektif.

Item Type: Book Section
Keywords: Pengurusan strategik, Organisasi perkhidmatan, Tingkahlaku organisasi, Urustadbir awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 05 Oct 2021 23:25
Last Modified: 11 Oct 2021 04:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item