Pembukaan semula sektor perhotelan keputusan paling ditunggu. [Newspaper] (2021)
Abstract
Kuala Lumpur: Pembukaan semula sektor pelancongan di negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memberi sinar kepada industri hotel dan pelancongan untuk menghidupkan kembali sektor itu yang terjejas. Presiden Persatuan Hotel Budget dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Emmy Suraya Hussein berkata, ia adalah satu keputusan yang paling dinantikan oleh industri hotel dan pelancongan. "Pengusaha hotel adalah antara perniagaan yang paling terjejas sejak bermula pandemik Covid-19 pada awal 2020. "MyBHA menyambut baik kelonggaran yang diberikan kerajaan. Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana prihatin terhadap nasib penggiat industri perhotelan yang terjejas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, usaha ini dapat meningkatkan kembali semangat pengusaha hotel untuk meneruskan kehidupan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perhotelan, Pengusaha hotel, Pembukaan semula, MKN |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 25 Aug 2021 08:36 |
Last Modified: | 25 Aug 2021 08:36 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |