Salah faham konsep matematik berkaitan nombor pembiakan bagi Covid-19. Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2021)
Abstract
Pada 26 November 2019, UNESCO meluluskan Pengisytiharan 14 Mac sebagai Hari Matematik Antarabangsa atau International Day of Mathematics (IDM). Tarikh 14 Mac (yang ditulis sebagai 3/14) juga dikenali sebagai Hari Pi (π) dan disambut di banyak negara, kerana π, salah satu pemalar matematik yang paling terkenal dapat dibundarkan kepada 3.14. Perayaan IDM memperluas sambutan Hari Pi untuk merangkumi keseluruhan spektrum matematik dengan dua objektif utama. Pertama, untuk meraikan keindahan dan kepentingan matematik dalam kehidupan harian manusia. Kedua, untuk menunjukkan peranan asas yang dimainkan oleh sains matematik dalam pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tema sambutan IDM pada tahun ini ialah “Mathematics for a Better World”.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Matematik, R-naught, Demographic analysis |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Statistics |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 29 Dec 2021 08:55 |
Last Modified: | 29 Dec 2021 08:55 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |