Malaysia destinasi pilihan MICE

Malaysia destinasi pilihan MICE. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Status Malaysia sebagai destinasi pilihan Asia untuk acara perniagaan diiktiraf dalam Anugerah Kerusi Emas Industri MICE China ke-13 apabila diumumkan sebagai Destinasi MICE Yang Paling Diharapkan keempat pada 2020. MICE adalah singkatan bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, iaitu segmen dalam sektor pelancongan. Dalam kenyataan hari ini, Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) menjelaskan ia merupakan pengiktirafan bagi tahun kelima berturut-turut untuk Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata, anugerah tersebut bukti terhadap prestasi kukuh MyCEB serta usaha penjenamaan yang dilaksanakan dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama acara perniagaan. "Pada masa sama usaha MyCEB mengetengahkan pelbagai tawaran Malaysia dari segi kesalinghubungan, kemudahan canggih, infrastruktur kelas pertama dan hospitaliti yang hebat," katanya dalam kenyataan itu. Anugerah Kerusi Emas diperkenalkan pada 2007 oleh MICE Magazine di China, penerbitan pelancongan, persidangan dan pameran mewah terkemuka yang menonjolkan China.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penjenamaan destinasi, pelancongan, MICE, MyCEB
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Sep 2021 02:04
Last Modified: 03 Sep 2021 02:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item