Pelancongan Mesra Muslim: Malaysia ungguli tempat pertama

Pelancongan Mesra Muslim: Malaysia ungguli tempat pertama. [Newspaper] (2020)



Abstract

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama dalam empat daripada enam sektor dalam Laporan Ekonomi Negara Islam Global (SGIE) 2020/21, termasuk dinamakan sebagai negara terbaik bagi sektor Pelancongan Mesra Muslim (MFT), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri. Mengikut laporan dikeluarkan firma antarabangsa kajian strategik DinarStandard baru-baru ini, beliau berkata Malaysia juga menerima markah terbaik bagi sektor Makanan Halal, Kewangan Islam dan Kosmetik dan Farmaseutikal.
Katanya, Malaysia diletakkan masing-masing di tempat kedua dan keempat untuk Media dan Rekreasi dan 'Modest Fashion'. "Menyedari potensi besar dalam Pelancongan Islamik di bawah konsep MFT, Malaysia menerusi MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan agensinya Pusat Pelancongan Islam (ITC) akan terus meningkatkan pasaran menerusi infrastruktur, fasiliti, latihan, pembangunan kapasiti, dan standard dan pensijilan, selain promosi oleh badan promosi pelancongan," katanya dalam satu kenyataan. Pada kategori MFT, Kerajaan Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dalam dua daripada empat dimensi tanda aras, iaitu dalam tadbir urus yang merujuk kepada peraturan berkaitan industri pelancongan dan kesedaran dari segi liputan media dan latihan pemegang taruh.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penjenamaan destinasi, pelancongan, Pelancongan Mesra Muslim
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Sep 2021 02:03
Last Modified: 03 Sep 2021 02:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item