Khidmat Mun Yee masih ditagih

Khidmat Mun Yee masih ditagih. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Penerjun Kebangsaan, Leong Mun Yee mungkin kembali menghangatkan arena sukan renang negara tapi bukan sebagai atlet namun lebih kepada membantu Persekutuan Renang Malaysia (MAS) mencari bakat baharu bagi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Mun Yee, 36, sebelum ini mengumumkan yang dia akan bersara pada hujung tahun ini dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa. Setiausaha Kehormat MAS, Mae Chen, berkata kemampuan dan bakat yang dimiliki Mun Yee cukup ditagih bagi membantu badan induk itu yang dalam perancangan untuk menubuhkan akademi terjun negara. "Saya sudah bercakap dengan Mun Yee mengenai perkara ini dan dia memang sayangkan sukan ini. Dia bersedia untuk bekerja bersama kami dan kami juga sedia memberikan tawaran sepenuh masa kepadanya sebagai pegawai pencarian bakat. "Kami dalam perancangan untuk menubuhkan akademi yang mana kami akan buka kepada semua untuk menjalani sesi pemilihan. Di sinilah Mun Yee akan memainkan peranannya dengan mengenal pasti bakat-bakat yang boleh diketengahkan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan renang, Akademi terjun, Mun Yee
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Aug 2021 08:21
Last Modified: 25 Aug 2021 08:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item