Bata taja kasut sukan atlet negara

Bata taja kasut sukan atlet negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Bata Malaysia meneruskan sokongan kepada kontinjen negara apabila dilantik sebagai rakan kasut rasmi oleh Majlis Olimpik Malaysiia (MOM) untuk kontinjen Malaysia ke temasya Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung dari Jumaat ini hingga 8 Ogos. Pada edisi kali ini Bata Malaysia menaja kasut kulit Bata dan kasut sukan Power yang direka khas untuk setiap atlet negara ke Tokyo.
Majlis penajaan diadakan Isnin lalu dihadiri Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria; ketua kontinjen negara, Datuk Lee Chong Wei dan Bata Malaysia diwakili Pemangku Pengurus Negara, Duncan Cowe serta Ketua Pemasaran, Diana Wong.
"Kami sangat berbesar hati menjadi Rakan Kasut Rasmi MOM dan Kontinjen Malaysia. Tahun ini, kami memperbaharui kasut Power eksklusif dengan reka bentuk dan warna baru yang sesuai dengan pakaian dan mempamerkan semangat membara atlet negara kami," kata Duncan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tajaan sukan, Bata, Temasya Olimpik Tokyo 2020
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Aug 2021 08:06
Last Modified: 25 Aug 2021 08:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item