MFL sudah dapat tajaan RM33.4 juta. [Newspaper] (2021)
Abstract
PUTRAJAYA: Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan jumlah keseluruhan penajaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini adalah sebanyak RM33.428 juta. Beliau bagaimanapun memberi bayangan jumlah itu bakal bertambah kerana masih terdapat beberapa perbincangan tajaan yang belum dimuktamadkan. Katanya, pengumuman itu dibuat bagi memastikan semua pihak memahami secara jelas mengenai perkara itu selepas tahun lalu jumlah berkenaan tidak diberitahu kepada umum. "Bagi memastikan media dan penyokong memahami saya perlu nyatakan sehingga hari ini (semalam) jumlah keseluruhan penajaan untuk tahun 2021 merangkumi hak penyiaran, penajaan dan juga penaja lain (barangan, perkhidmatan dan sebagainya) adalah RM33.428 juta. "Inilah jumlah penajaan kita dapat dalam keadaan pandemik COVID-19 yang cukup mencabar ketika ini. "Pasukan saya bersama Datuk Ab Ghani Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif MFL) ada beberapa penaja lagi, tetapi saya tidak dapat umumkan sekarang kerana masih belum menandatangani kontrak lagi.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Tajaan sukan, Liga M, Liga Bolasepak |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 25 Aug 2021 08:02 |
Last Modified: | 25 Aug 2021 08:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |