Tiga atlet negara dapat tajaan

Tiga atlet negara dapat tajaan. [Newspaper] (2019)



Abstract

USANA Health Sciences Inc sebuah syarikat nutrisi antarabangsa tampil memberi tajaan kepada atlet terbaik Malaysia. Mereka terdiri daripada atlet dodgeball, Muhamad Heidy serta Adli Hafidz Mohd Pauzi (atlet tinju) dan atlet renang terkemuka negara, Welson Sim. Pengurus Besar Serantau USANA, Vivienne Lee berkata, beliau gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada penaja kepada atlet negara dalam membangunkan kerjaya mereka. Katanya, ia adalah satu tradisi USANA yang menyokong atlet sukan tempatan sejak 2016. "Kami gembira untuk mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga atlet terkemuka ini ke dalam keluarga USANA. "USANA mengeluarkan produk pemakanan yang membantu mengekalkan stamina dan tenaga agar lebih konsisten," katanya. Kesemua atlet di bawah USANA akan menerima tajaan berjumlah lebih dari RM100,000 termasuk makanan tambahan untuk tempoh setahun setengah.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tajaan sukan, Atlet Malaysia, Atlet tinju
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Aug 2021 07:56
Last Modified: 25 Aug 2021 07:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item