KFA intai tajaan tiga syarikat gergasi

KFA intai tajaan tiga syarikat gergasi. [Newspaper] (2020)



Abstract

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mengintai tiga syarikat gergasi untuk memohon penajaan pasukan Lang Merah.
Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beberapa siri rundingan telah diadakan dan ketiga-tiga syarikat berkenaan menunjukkan maklum balas positif. Menurut Menteri Besar Kedah itu, bagaimana pun pihaknya hanya akan mengumumkan penaja baharu tersebut selepas rundingan selesai. “Saya berusaha selesaikan kemelut KFA antaranya dengan mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat utama dalam negara, untuk menyumbang kepada pembangunan bola sepak, sekurang-kurangnya mereka dapat bantu kita keluar dari kemelut kewangan,” katanya, pada sidang media selepas perhimpunan bersama penjawat awam Kedah dan pelancaran sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Wisma Darul Aman hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tajaan sukan, Bola sepak, Liga Juara-Juara Asia (ACL)
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Sep 2021 04:40
Last Modified: 06 Sep 2021 04:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item