PEMERKASA Tambahan: RM1 bilion kukuhkan sistem kesihatan awam

PEMERKASA Tambahan: RM1 bilion kukuhkan sistem kesihatan awam. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam negara dalam inisiatif Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia adalah komitmen Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan sistem kesihatan awam ketika berdepan penularan COVID-19 tidak akan runtuh serta dapat beroperasi dengan berkesan.

Katanya, kerajaan akan memastikan kapasiti kesihatan awam sentiasa diberi keutamaan.

Beliau berkata, seperti kenyataannya sebelum ini, negara akan beralih ke fasa-fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang antara lain mengambil kira jumlah kes COVID-19 serta penggunaan kapasiti hospital serta Unit Rawatan Rapi (ICU).

Item Type: Newspaper
Keywords: Public administration, Public health, Crisis management
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 29 Dec 2021 09:04
Last Modified: 29 Dec 2021 09:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item