Teliti semua cadangan, kewajaran isu berkaitan darurat

Teliti semua cadangan, kewajaran isu berkaitan darurat. [Newspaper] (2021)



Abstract

Beberapa perkembangan mutakhir ini, terutama berkaitan pandangan diterbitkan di media massa antara lain menyimpulkan isu mengenai pembatalan Ordinan Darurat sebagai kecil saja.

Ada pandangan ditonjolkan media menyebut ia sekadar membabitkan ordinan (perintah kuasa dibuat di luar Parlimen) dan bukannya Akta Parlimen (diluluskan oleh Parlimen). Oleh itu, perkara ini disiniskan hanya sebagai 'soal atau isu politik' yang diperbesar dan bersifat teknikal semata-mata.

Peranan undang-undang secara asasnya untuk dijadikan piawai, mengekalkan keamanan, menyelesai pertikaian dan melindungi kebebasan serta hak tertentu.

Oleh kerana undang-undang secara umumnya berkait langsung kehidupan manusia (secara teknikalnya politik atau siasah), kesan ditimbulkan olehnya misalnya akibat daripada proses perundangan - sepertimana disaksikan hari ini dalam konteks proses dan prosedur mengungkai Ordinan Darurat - ditanggap sehingga ke tahap menggambarkan institusi diraja sebagai dijebak 'berpolitik'.

Item Type: Newspaper
Keywords: Dasar awam, Public administration, Governance, Sosial polisi
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 29 Dec 2021 09:15
Last Modified: 29 Dec 2021 09:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item