Raja bermuafakat berteguh janji rungkai kemelut rakyat, negara

Raja bermuafakat berteguh janji rungkai kemelut rakyat, negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kini setiap mata tertumpu kepada raja-raja. Khalayak umumnya menunggu perkhabaran mengenai apa akan dititahkan Yang di-Pertuan Agong selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berlangsung.

Antara persoalan ditunggu jawapannya adalah adakah raja-raja secara muafakat dapat mencadangkan dan sekali gus menyelesaikan kemelut semasa. Jelas sekali, situasi semasa amat mencabar bagi negara, sama ada dari segi kesihatan awam atau kestabilan politik.

Keadaan ini memaksa banyak pihak, termasuk raja-raja secara langsung memainkan peranan. Dalam perkembangan terbaru, Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima menghadap wakil parti politik bermula 9 hingga 11 Jun lalu, manakala esok raja-raja Melayu pula dijangka akan mengadakan perbincangan khas.

Pembabitan raja-raja dalam hal ehwal negara, sama ada pada peringkat negeri atau Persekutuan, adalah satu keperluan. Ia bukan bermaksud membenarkan raja-raja terbabit dalam hal ehwal politik kepartian, tetapi kerana keadaan terkesan ke atas rakyat dan negeri raja-raja sendiri.

Item Type: Newspaper
Keywords: Public Administration, Raja Berpelembagaan, Darurat, Pentadbiran awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 29 Dec 2021 09:20
Last Modified: 29 Dec 2021 09:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item