Yang di-Pertuan Agong neraca imbangi kesejahteraan negara

Yang di-Pertuan Agong neraca imbangi kesejahteraan negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Pada saat negara menghadapi cabaran, pastinya institusi beraja adalah rujukan utama. Institusi berabad usia ini terbukti mempunyai keunggulan dalam menempuhi cabaran getir melanda tanah air tercinta.

Sifat unggul ini kekal terserlah sejak dari dahulu, sebelum merdeka, sehingga kini, selepas kita mencapai kemerdekaan lebih enam dekad lalu.

Hakikatnya, apabila keadaan menjadi runcing dan tersepit, maka pemimpin pilihan rakyat secara khusus dan rakyat secara umum, terus memberi tumpuan serta perhatian kepada institusi beraja.

Jika di negeri, rakyat bertumpu kepada Sultan dan jika di Persekutuan, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Item Type: Newspaper
Keywords: Institusi beraja, Raja Berpelembagaan, Demokrasi Berparlimen, Pentadbiran awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 29 Dec 2021 09:21
Last Modified: 29 Dec 2021 09:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item