PM baharu perlu buktikan kepemimpinan lebih berkesan

PM baharu perlu buktikan kepemimpinan lebih berkesan. [Newspaper] (2021)



Abstract

Tanda tanya siapakah Perdana Menteri Kesembilan negara terjawab apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkenan ini diumumkan Istana Negara selepas persidangan khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung petang semalam selepas Ahli Parlimen Bera itu mendapat sokongan daripada 114 daripada 220 Ahli Parlimen. Perdana Menteri baharu dijadual mengangkat sumpah jam 2.30 petang hari ini di Istana Negara.

Secara naratif, Ismail Sabri adalah Perdana Menteri ketiga dilantik pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna, dalam tempoh tiga tahun sejak 2018, kita sudah mempunyai tiga Perdana Menteri.

Item Type: Newspaper
Keywords: Public administration, Perdana menteri, Kepimpinan beretika
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 29 Dec 2021 09:25
Last Modified: 29 Dec 2021 09:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item