Pendigitalan tingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam

Pendigitalan tingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. [Newspaper] (2021)



Abstract

COVID-19 membawa impak besar kepada negara, namun turut menjadi pemangkin kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Ia menuntut sektor awam meningkatkan mutu penyampaian masing-masing melalui transformasi pendigitalan secara komprehensif.

Realitinya, rakyat kini mempunyai kesedaran lebih tinggi ke atas hak mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan kerajaan, di samping pengharapan tahap jaminan dan pengalaman perkhidmatan lebih baik.

Ini menuntut kerajaan sebagai penyedia perkhidmatan lebih kreatif dan inovatif menyediakan perkhidmatan seiring permintaan dan harapan itu.

Dalam konteks persaingan global, hala tuju dan inisiatif pendigitalan serta peningkatan kecekapan penyampaian sektor awam akan membuka peluang kepada pelabur asing membuat keputusan untuk pelaburan lebih terjamin, seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perkhidmatan Awam, Public Administration, Pendigitalan, Pembangunan lestari
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 29 Dec 2021 09:23
Last Modified: 29 Dec 2021 09:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item