Keterangan dokumen elektronik: proses pengumpulannya di peringkat pra perbicaraan dalam kes mal syariah di Malaysia

Keterangan dokumen elektronik: proses pengumpulannya di peringkat pra perbicaraan dalam kes mal syariah di Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 28. pp. 67-77. ISSN 1394-7729 (2021)



Abstract

Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan mal dan jenayah syariah di Malaysia. Penulisan ini mengupas proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal syariah. Penulisan ini mensasarkan tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis pengaplikasian peruntukan undang-undang syariah berkaitan proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal syariah di Malaysia. Kedua, ia turut mengenal pasti permasalahan semasa yang wujud. Ketiga, penulisan ini mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang telah dikenal pasti. Penulisan ini menggunakan pendekatan doktrinal. Semua data yang diperolehi dari bahan-bahan penulisan dan temubual berkaitan dianalisis secara kualitatif. Para penulis mendapati wujudnya kelompangan dalam proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik di peringkat pra perbicaraan dalam kes mal syariah. Tidak ada proses pengurusan kes yang seragam dalam mengendalikan keterangan dokumen elektronik sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah. Dalam masa yang sama, pengaplikasian prinsip kebolehterimaan berkenaan keterangan dokumen elektronik di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah didapati tidak begitu jelas. Kedua-dua situasi ini telah mengakibatkan ketidaktentuan dalam proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik’di peringkat pra perbicaraan. Akhirnya, penulisan ini mencadangkan agar proses pengurusan kes diperincikan serta prinsip kebolehterimaan berkaitan keterangan dokumen elektronik diperincikan serta diperjelaskan. Dengan demikian, proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal syariah akan menjadi lancar.

Item Type: Article
Keywords: Keterangan dokumen elektronik, Pengurusan kes, Keterangan Islam, Kes mal syariah, Pengumpulan, Kebolehterimaan, Pengaplikasian, Islamic legal system
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 20 Sep 2021 07:46
Last Modified: 20 Sep 2021 08:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item