Kawalan undang-undang terhadap kontrak bentuk seragam dalam perjanjian sewa beli

Kawalan undang-undang terhadap kontrak bentuk seragam dalam perjanjian sewa beli. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 26. pp. 26-34. ISSN 2735-1270 (2020)



Abstract

Kontrak bentuk seragam bukanlah isu baharu dalam kontrak pengguna kerana ia telah mengundang kepada pelbagai isu ketidakadilan dan ketidakseimbangan dari segi hak dan liabiliti pihak-pihak yang berkontrak. Kontrak bentuk seragam dianggap sebagai ʽkontrak satu pihakʼ kerana terma dan syarat kontrak dibuat oleh satu pihak sahaja tanpa melalui proses perundingan dengan pihak-pihak yang lain dalam kontrak. Dalam kontrak kredit pengguna seperti kontrak sewa beli, kontrak bentuk seragam telah digunakan secara meluas. Isu-isu yang timbul dalam kontrak sewa beli yang berbentuk seragam adalah berkait dengan terma tidak adil dan fasal pengecualian yang dimasukkan dalam kontrak. Pengguna akhirnya menjadi pihak yang menanggung kerugian kerana hak-hak mereka telah dihadkan melalui terma-terma kontrak oleh pihak penyedia perkhidmatan. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis sejauh manakah pengguna dilindungi di bawah undang-undang apabila memasuki kontrak sewa beli berbentuk seragam. Walaupun Akta Sewa Beli 1967 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 menyediakan peruntukan bertujuan untuk melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil dan fasal pengecualian dalam kontrak, namun masih terdapat kelompangan dan kelemahan undang-undang yang perlu diberi perhatian bagi memantapkan aspek perlindungan pengguna.

Item Type: Article
Keywords: Kontrak bentuk seragam, Kontrak sewa beli, Pengguna, Terma tidak adil, Fasal pengecualian
Taxonomy: By Subject > Law > Administrative Law
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 17 Sep 2021 23:59
Last Modified: 20 Sep 2021 17:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item