Peningkatan kemiskinan: peranan had kifayah dalam bantuan zakat

Peningkatan kemiskinan: peranan had kifayah dalam bantuan zakat. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54 (3). pp. 41-58. ISSN 2716-6058 (2020)



Abstract

Kajian ini cuba menilai sama ada peningkatan insiden kemiskinan adalah berpunca daripada kemerosotan jumlah kutipan zakat atau masalah dalam agihan bantuan zakat yang tidak cukup untuk memenuhi keperluan sebenar asnaf fakir miskin. Secara spesifik, objektif kajian ialah untuk mengukur peruntukan zakat yang mencukupi bagi memenuhi keperluan sebenar asnaf fakir miskin. Kajian ini menganggar populasi asnaf fakir miskin dengan mengaplikasikan teori warm glow menggunakan data primer. Maklumat ini kemudian digunakan untuk menganggar kutipan zakat oleh pusat zakat dan penerimaan bantuan zakat oleh asnaf menggunakan data sekunder. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan jumlah fakir miskin bukan disebabkan oleh kemerosotan jumlah kutipan zakat. Ia disebabkan oleh jumlah zakat diterima fakir miskin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas atau had kifayah mereka. Ini menyebabkan jumlah fakir miskin kekal sepanjang tahun walaupun bantuan zakat telah diberikan. Kajian ini mencadangkan agar pusat zakat mempertimbangkan jumlah pemberian zakat sewajarnya berpandukan kepada keperluan sebenar atau had kifayah sebenar asnaf fakir miskin.

Item Type: Article
Keywords: Zakat, Had kifayah, Asnaf fakir miskin, Insiden kemiskinan, Teori warm glow, Personal finance
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 06 Oct 2021 23:35
Last Modified: 12 Oct 2021 08:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item