Pekerja efektif dan kecekapan teknik firma pembuatan di Malaysia

Pekerja efektif dan kecekapan teknik firma pembuatan di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 53 (2). pp. 185-197. ISSN 2716–6058 (2019)



Abstract

Kualiti pekerja amat penting dalam meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi. Pekerja yang berkualiti sering
dikaitkan dengan kecekapan dan produktiviti yang tinggi yang akhirnya meningkatkan daya saing sesebuah organisasi
dan sektor. Dalam konteks Malaysia, kecekapan teknik sektor pembuatan amat penting diteliti memandangkan
sumbangannya yang sangat signifkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor ini juga merupakan
pemacu guna tenaga yang pantas, malah, beberapa subsektor di dalamnya disenaraikan dalam Bidang Ekonomi
Keutamaan Negara (NKEA). Kualiti pekerja boleh diukur melalui pelbagai kaedah yang secara umumnya bersandarkan
kepada pencapaian modal manusia individu. Ukuran yang sering digunakan dalam literatur adalah seperti tingkat
pencapaian pendidikan dan kategori pekerjaan. Namun, ukuran ini mengabaikan peranan upah yang menggambarkan
produktiviti seseorang pekerja. Kebanyakan kajian lepas tidak mengukur kualiti pekerja secara komposit apabila
melihat pengaruhnya terhadap kecekapan teknik. Artikel ini bertujuan menganalisis tahap kualiti pekerja secara
komposit atau dikenal sebagai pekerja efektif dan meneliti pengaruhnya terhadap kecekapan teknik frma pembuatan
di Malaysia. Analisis berdasarkan kepada data 1077 frma pembuatan yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia bagi tahun 2009 melalui Penyiasatan Industri Pembuatan 2010. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap
pekerja efektif dan kecekapan teknik frma pembuatan masih berada pada peringkat sederhana, malah, amat rendah
bagi frma bersaiz mikro. Penentu ketakcekapan teknik yang penting adalah pekerja efektif, perbelanjaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), perbelanjaan latihan dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Implikasi daripada dapatan ini adalah frma pembuatan masih perlu meningkatkan pelaburan modal manusia
pekerjanya serta meningkatkan perbelanjaan terutamanya dalam latihan pekerja dan R&D.

Item Type: Article
Keywords: Kualiti pekerja, Pekerja efektif, Kecekapan teknik, Firma pembuatan, Talent recruitment and selection
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 06 Oct 2021 23:39
Last Modified: 12 Oct 2021 09:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item