Impak Kekangan Kewangan dan Pemilikan ke atas Produktiviti Firma di Malaysia

Impak Kekangan Kewangan dan Pemilikan ke atas Produktiviti Firma di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 53 (1). pp. 47-58. ISSN 2716 – 6058 (2019)



Abstract

Sumber kewangan merupakan faktor yang penting dalam keputusan pelaburan. Akses kepada sumber kewangan
pula merupakan penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan frma. Kertas ini
bertujuan untuk mengkaji kesan kekangan kewangan, serta jenis dan struktur pemilikan ke atas produktiviti frma.
Kajian ini menggunakan data tahunan frma yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dari tahun 2000 hingga
2015. Kajian ini menggunakan pendekatan Kaedah Momen Teritlak (GMM) sistem untuk menganalisis impak kekangan
kewangan, pemilikan dan pemboleh ubah kawalan lain ke atas produktiviti. Hasil kajian mendapati kekangan kewangan,
serta jenis dan struktur pemilikan mempunyai impak yang berbeza ke atas produktiviti frma. Dengan menggunakan
analisis sub-sampel frma kerajaan, frma swasta dan frma asing, keputusan kajian mendapati frma asing paling
dipengaruhi oleh kekangan kewangan diikuti frma kerajaan dan frma swasta. Dalam situasi kecairan negatif, kekangan
kewangan yang dihadapi frma kerajaan dan swasta meningkat. Manakala, eksport pula berjaya mengurangkan impak
kekangan kewangan ke atas frma asing sahaja. Keputusan analisis struktur pemilikan pula mendapati bahawa ia tidak
mempengaruhi produktiviti frma. Maka, bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik, penggubal dasar perlu
merangka strategi untuk memberi sokongan dalam aspek kewangan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan
pertumbuhan frma-frma tempatan di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Kekangan kewangan, produktiviti firma, pemilikan, kos agensi, kaedah momen teritlak
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 06 Oct 2021 23:41
Last Modified: 06 Oct 2021 23:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item