Kabinet baharu mesti sahut cabaran pencapaian 100 hari

Kabinet baharu mesti sahut cabaran pencapaian 100 hari. [Newspaper] (2021)



Abstract

Pastinya semua 31 menteri dan 38 timbalan menteri diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil, kelmarin, memahami syarat diletakkan Perdana Menteri supaya membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama itu, tidak boleh dipandang ringan.

Justeru, bagi memastikan Kabinet baharu menekankan budaya kerja berprestasi tinggi, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran ditetapkan.

Inilah masa untuk membuktikan pelantikan menteri dan timbalan menteri berasaskan kecekapan, komitmen serta kesungguhan tinggi. Maka usaha terancang dan berterusan perlu menjadi landasan utama agar Indeks Prestasi Utama (KPI) dapat direalisasikan.

Sudah tentu ini bukan masa untuk terus berpolitik, sebaliknya waktu untuk melakukan genjatan berpolitik agar masa dan tumpuan lebih kepada matlamat untuk memerangi COVID-19.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pentadbiran awam, Pentadbiran kerajaan, Pengurusan perubahan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 31 Dec 2021 03:43
Last Modified: 31 Dec 2021 03:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item