MPPK, GPMS percaya Noraini pilihan tepat terajui KPT

MPPK, GPMS percaya Noraini pilihan tepat terajui KPT. [Newspaper] (2021)



Abstract

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), berpandangan pemilihan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk kekal menerajui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah tepat bagi meneruskan kesinambungan dasar diperkenalkan sebelum ini.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, berkata pihaknya percaya Noraini akan dapat memimpin KPT dengan lebih baik dan meneruskan dasar yang memberi manfaat kepada mahasiswa.

"Sepanjang pentadbiran beliau sebelum ini, pelbagai inisiatif diberikan KPT terutama bagi memastikan pelajar terus dibantu dalam menghadapi pandemik COVID-19. Antara inisiatif diperkenalkan ialah pengurangan yuran sejak tahun lalu dan diteruskan pada tahun ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, inisiatif lain seperti Pakej Bantuan Pelan Data dan Peranti Pelajar IPT, diskaun tiket penerbangan khas untuk mahasiswa dan Foodbank Siswa, manakala awal Ogos lalu, KPT bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk vaksinasi warga pengajian tinggi bagi mewujudkan gelembung kampus.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pentadbiran awam, Politik Malaysia
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 31 Dec 2021 03:44
Last Modified: 31 Dec 2021 03:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item