Aplikasi pemetaan capaian internet panduan pilih telco. [Newspaper] (2021)
Abstract
Putrajaya: Kerajaan akan melancarkan aplikasi Pemetaan Capaian Internet dalam masa terdekat sebagai panduan kepada pengguna untuk memilih syarikat telekomunikasi (telco) yang menyediakan perkhidmatan Internet terbaik. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, aplikasi tersebut menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan berkualiti daripada syarikat telekomunikasi sedia ada di negara ini. Menurutnya, pembangunan aplikasi itu adalah hasil dapatan daripada mesyuarat berkala yang diadakan bersama telco yang sering membincangkan tentang Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). "Justeru, kita akan lancarkan aplikasi 'Internet Mapping' yang membolehkan pengguna mengenal pasti telco mana yang menyediakan perkhidmatan capaian Internet terbaik," katanya pada sidang media selepas program Turun Padang Secara Maya bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Internet Mapping, Internet, Network performance, Mobile communication, IoT application |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu) |
Date Deposited: | 31 Dec 2021 08:54 |
Last Modified: | 31 Dec 2021 08:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |