TM, CSM perkukuh kerjasama depani ancaman siber

TM, CSM perkukuh kerjasama depani ancaman siber. [Newspaper] (2021)



Abstract

Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui unit penyelesaian perniagaan perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE, hari ini memeterai satu Memorandum Kolaborasi (MoC) dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi memperkasa tahap keselamatan siber di negara ini. Pengerusi TM Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, ia adalah inisiatif strategik TM bersama CSM untuk meningkatkan jaringan dan ekosistem keselamatan siber negara. Menurutnya, ia juga dapat mengukuhkan jaringan keselamatan siber di negara ini sekali gus seiring dengan transformasi ekonomi digital pada hari ini. "Ianya amat penting untuk memastikan penerimaan keselamatan siber seiring dengan kepantasan transformasi bagi menjamin ekonomi digital negara. "Sebagai rakan strategik, kami amat gembira dapat berkongsi kepakaran kami bukan hanya untuk inisiatif ini tetapi juga dalam misi Malaysia untuk meningkatkan keupayaan keselamatan sibernya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Serangan Siber, Cyber security
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Miss Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 31 Dec 2021 09:10
Last Modified: 31 Dec 2021 09:10
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item