Bajet 2019: PEKA cadang perkenal cukai balak, cukai karbon

Bajet 2019: PEKA cadang perkenal cukai balak, cukai karbon. [Newspaper] (2018)



Abstract

Kerajaan dicadangkan memperkenalkan cukai pembalakan dan cukai karbon dalam pembentangan Bajet 2019 pada 2 November ini.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata pelaksanaan kedua-dua cukai itu bersifat serampang dua mata kerana menjadi sumber pendapatan baharu pada kerajaan, serta melindungi alam sekitar.

Katanya, cukai pembalakan sangat penting kerana mampu mengawal rasuah yang menyelubungi industri pembalakan, kerana syarikat pembalakan perlu mengisytihar jumlah balak serta kawasan yang ditebang, sekali gus membolehkan ia dikawal pihak berkuasa.

"Ketika ini, tidak banyak keuntungan pembalakan diterima kerajaan negeri, sebaliknya syarikat individu tertentu yang memiliki kepentingan mengaut keuntungan dan ini tidak sepatutnya berlaku.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pentadbiran kewangan, Kerajaan tempatan, Bajet 2019, Urustadbir awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 31 Dec 2021 03:50
Last Modified: 31 Dec 2021 03:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item