Perubahan budaya orang Bateq dalam situasi ekopelancongan di Taman Negara

Perubahan budaya orang Bateq dalam situasi ekopelancongan di Taman Negara. Journal of Social Science and Humanities, 4 (1). pp. 159-169. ISSN 1823-884x (2009)



Abstract

Penglibatan etnik peribumi dalam industri pelancongan adalah penting. Keunikan budaya mereka telah menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Namun, kemasukan pelancong mempengaruhi etnik peribumi dalam mengubah budaya dan cara hidupnya. Artikel ini menyelidiki perubahan budaya orang Bateq yang terlibat dalam ekopelancongan di Taman Negara berdasarkan teori difusi. Kajian ini dijalankan pada bulan Febuari 2009. Aspek kajian memfokus kepada aspek budaya seperti bahasa, pakaian, pemakanan dan kraf tangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menjadikan temu bual dan analisis dokumen sebagai instrumen utama. Transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo. Perisian ini membolehkan tema diwujudkan berdasarkan persoalan kajian untuk memudahkan proses analisis dan seterusnya mencapai objektif kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini telah dibuktikan dan disahkan oleh Triangulasi data. Triangulasi dilakukan dengan membandingkan setiap maklumat dari analisis dokumen, temu bual terhadap peserta kajian dan informan tambahan serta pemerhatian berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada empat aspek budaya yang dikaji, hanya satu aspek budaya yang mengalami perubahan iaitu pakaian. Pakaian orang Bateq telah berubah serta-merta tanpa pengekalan budaya tradisional. Ini berbeza dengan aspek pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan masih bercampur dengan budaya asal. Sebaliknya, tiada sebarang perubahan dalam aspek bahasa dan kraftangan tradisional orang Bateq. Hal ini menunjukkan bahawa tahap ketahanan budaya orang Bateq adalah tinggi jika dibandingkan dengan sejarah latar belakang penglibatan mereka dalam ekopelancongan.

Item Type: Article
Keywords: Taman Negara Malaysia, Bateq people, Ecotourism, Cultural tourism, Community involvement, Diffusion
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 23:08
Last Modified: 30 Sep 2021 23:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item