Pembelajaran penggunaan konsep struktur data dengan menggunakan pendekatan visual

Pembelajaran penggunaan konsep struktur data dengan menggunakan pendekatan visual. In: 4th International Research Management & Innovation Conference (4th IRMIC 2018). Research Management Centre, KUIS, Kajang, Selangor, pp. 97-105. ISBN 978-967-2122-20-3 (2018)



Abstract

Pembelajaran kursus berkaitan dangan pengaturcaraan seperti struktur data dikatakan sukar untuk difahami dan dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana pelajar tidak dapat membayangkan konsep abstrak pengaturcaraan dengan tepat dalam minda mereka. Sehubungan dengan itu, situasi ini menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat untuk mempelajari dan memahaminya malahan bertindak hanya menghafal konsep semata-mata. Pembelajaran konsep abstrak bagi kursus struktur data adalah lebih sesuai menggunakan pendekatan visual.
Pendekatan visual ini telah digunakan dalam beberapa kajian lepas sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu kursus yang berbentuk abstrak lagi memerlukan imaginasi yang tinggi untuk pelajar fahami. Kertas kerja ini mengkaji tentang pembelajaran dan pemahaman dalam penggunaan konsep struktur data di kalangan pelajar melalui aplikasi yang menggunakan pendekatan visual. Borang soal selidik digunakan sebagai instrument dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih berminat dan lebih bermotivasi untuk mempelajari konsep struktur data dan algoritma serta dapat memahami penggunaan konsep ini dalam
pengaturcaraan dengan lebih jelas.

Item Type: Book Section
Keywords: Konsep struktur data, Algoritma, Aplikasi visual, Graphical/visual programming language
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 06 Jan 2022 09:03
Last Modified: 06 Jan 2022 09:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item