Bunga-bungaan Malaysia

Saidin, Ismail Bunga-bungaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9789834605520 (2013)



Abstract

Bunga-Bungaan Malaysia (Edisi Ketiga) ini mengandungi huraian tentang tanaman hiasan di Malaysia dan dilengkapi dengan ilustrasi dan gambar warna. Buku botani, pertanian, hortikultur dan lain-lain. Malaysia dianugerahkan dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan antara yang tertua dan terkaya bilangan spesiesnya di dunia.
Antara kepelbagaian spesies tumbuhan ini terdapat banyak tanaman hiasan yang ditanam bagi mengindahkan persekitaran kita. Namun demikian, tidak terdapat banyak buku yang menerangkan tentang tanaman hiasan ini secara terperinci beserta ilustrasi dan gambar berwarna dalam bahasa Melayu.
Tujuan utama buku Bunga-Bungaan Malaysia ditulis adalah untuk dijadikan panduan mengenal pasti spesies tanaman hiasan yang terdapat di Malaysia. Pelajar-pelajar dalam bidang hortikultur, sains pertanian, botani, pengusaha-pengusaha semaian dan mereka yang meminati alam bunga-bungaan sentiasa menghadapi masalah dalam mengecam dan mengenal pasti spesies tanaman hiasan di negara ini. Masalah ini menjadi bertambah rumit kerana nama-nama tempatan tidak begitu lengkap, berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Spesies tanaman hiasan yang diperkenalkan dari luar negara dan yang telah hidup baik di negara ini pula, kebanyakannya tidak mempunyai nama tempatan

Item Type: Book
Keywords: Bunga-bungaan, Malaysia
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Landscape Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 21 Aug 2020 07:27
Last Modified: 21 Aug 2020 07:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item