Google perkenal aplikasi dengan lencana 'diluluskan guru'

Google perkenal aplikasi dengan lencana 'diluluskan guru'. [Newspaper] (2021)



Abstract

PENCARIAN enjin Internet paling popular, Google hari ini memudahkan pengguna terutamanya ibu bapa untuk mencari aplikasi yang bersesuaian dengan umur. Ia adalah pengenalan kepada pilihan aplikasi khusus untuk kategori kanak-kanak selain lencana khusus 'diluluskan guru' yang baharu diperkenalkan. Ibu bapa hanya perlu melancarkan pilihan tab untuk 'Kanak-kanak' di Google Play yang dipenuhi dengan aplikasi menghiburkan termasuk yang 'diluluskan oleh guru'. Sebelum ini, ibu bapa pernah berkongsi bahawa sukar untuk mereka mengenalpasti kandungan sesuai bagi anak-anak mereka terutamanya aplikasi berfaedah untuk pendedahan pendidikan peringkat awal. Untuk memudahkan pilihan ibu bapa, Google mengambil inisiatif untuk meletakkan kategori aplikasi termasuk penilaian yang diluluskan oleh guru.

Item Type: Newspaper
Keywords: Aplikasi Google, Family Link, IoT application
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Miss Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 31 Dec 2021 23:10
Last Modified: 05 Jan 2022 08:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item