Sapok Biki tumpu lahir pelapis tinju

Sapok Biki tumpu lahir pelapis tinju. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kota Samarahan: Selepas bersara dari arena antarabangsa, petinju kelahiran Sarawak yang pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Mejar Sapok Biki, 47, kini memberi fokus kepada kerjaya sebagai anggota tentera. Dia yang kini bertugas di Kem Penrissen, Batu Lapan, Kuching, turut menubuhkan Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki dua tahun lalu di kediamannya di Uni Garden, Kota Samarahan, di bawah Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), selain kerap dijemput untuk memberi ceramah dan motivasi mengenai sukan tinju di seluruh tanah air sejak 2001. Menurutnya yang dilahirkan di Kampung Isu Lama, Simunjan, pusat berkenaan mempunyai seramai 35 orang ahli yang terdiri daripada golongan remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun di sekitar Kuching dan Kota Samarahan. "Tujuan penubuhan pusat ini adalah bagi mencungkil bakat muda dan melahir pelapis dalam arena sukan tinju di Sarawak melalui latihan dan tunjuk ajar, selain menerapkan disiplin dalam diri remaja.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tinju, Pembangunan bakat sukan, Pelapis
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Sep 2021 04:09
Last Modified: 08 Sep 2021 04:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item