Latif atlet pertama raih ganjaran RM2 juta. [Newspaper] (2021)
Abstract
PETALING JAYA: Ketika kontinjen negara membawa pulang tiga emas dan satu gangsa di Rio 2016, seluruh rakyat Malaysia mula bercakap tentang sukan paralimpik serta atlet para negara. Bagaimanapun kejayaan memenangi tiga emas dan dua perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bakal merubah struktur pembangunan dan landskap sukan para negara. Lima tahun lalu, semua pingat negara disumbangkan olahraga, namun kini powerlifting, badminton dan boccia turut berjaya membutirkan pingat. Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga Ketua Kontinjen Negara (CDM) di Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, program pembangunan akan mengalami perubahan dengan fokus tidak hanya terarah kepada olahraga. Persatuan-persatuan sukan bakal digerakkan dengan lebih agresif mencari bakat-bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan untuk diserap dalam program kebangsaan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Pembangunan bakat sukan, Atlet |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 08 Sep 2021 04:36 |
Last Modified: | 08 Sep 2021 04:36 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |