KBS, SIC tetap komited teruskan program pembangunan

KBS, SIC tetap komited teruskan program pembangunan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan PETRONAS untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada Sepang Racing Team (SRT) yang berakhir pada penghujung tahun ini.

Begitupun, KBS dengan kerjasama SIC akan tetap komited dan meneruskan program pembangunan bakat dan pelumba sukan permotoran negara selaras dengan objektif asal pembentukan program sukan permotoran dua roda. "KBS menghormati keputusan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan selama ini terhadap pembangunan sukan permotoran tanah air. "KBS tetap percaya bahawa kerjasama strategik bersama PETRONAS masih boleh diadakan semula pada suatu masa kelak.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan permotoran, Kementerian Belia dan Sukan, PETRONAS
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Sep 2021 06:34
Last Modified: 08 Sep 2021 06:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item