MAS rancang tubuh akademi terjun negara

MAS rancang tubuh akademi terjun negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) merancang menubuhkan akademi terjun negara di Bukit Jalil dalam usaha memperhebatkan lagi program pembangunan akar umbi sekali gus memiliki lebih ramai atlet yang mampu membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa. Setiausaha Kehormat MAS, Mae Chen, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai perkara itu dan secara dasarnya mereka sudah mempunyai idea bagai mana ia boleh dilaksanakan. Katanya, penubuhan akademi itu nanti adalah terbuka untuk orang awam yang mana ia memudahkan lagi proses pencarian bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. "Bila kita buka kepada orang awam, kita mungkin boleh temui penerjun-penerjun yang berbakat di setiap peringkat umur.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan terjun, Persekutuan Renang Malaysia, Akademi terjun negara
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Sep 2021 06:55
Last Modified: 08 Sep 2021 06:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item