Misbun puji inisiatif Norza. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek memuji tindakan presiden badan induk itu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang mengetengahkan bakat-bakat muda ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau berkata pendedahan seawal mungkin adalah perlu untuk menjadi kayu pengukur kepada terhadap kedudukan dan prestasi semasa mereka serta mengenal pasti siapakah yang memiliki kualiti yang diperlukan. "Dari situ nanti, kita akan tahu dan dapat 'fine talent' yang cantik. Jika kita tidak ajukan seperti ini dengan pertandingan di luar, kita tidak akan tahu. "Jika pertandingan yang kecil sekalipun kita susah untuk menang, bagaimana kita mahu sasarkan yang besar? Sebab itu, kita ajukan pemain muda, biar mereka cari pengalaman dan jurulatih buat penilaian.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Badminton, Persatuan Badminton Malaysia, Fine talent |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 08 Sep 2021 06:57 |
Last Modified: | 08 Sep 2021 06:57 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |