Sukan ekstrem berpotensi besar di Malaysia. [Newspaper] (2020)
Abstract
KUALA LUMPUR: Sukan ekstrem mempunyai potensi untuk berkembang pesat di Malaysia, sehingga boleh dijadikan sebagai karier sepenuh masa jika mendapat galakan daripada pelbagai pihak. Atlet orienteering dan sukan lasak negara, Azam Mohd Shidid berkata, banyak sukan lasak berkembang pesat di luar negara sehingga boleh menjana pendapatan tetapi masih agak ketinggalan di negara ini. Namun, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 27 tahun itu tetap yakin, sukan ekstrem mampu mencapai tahap lebih tinggi, melalui pembabitan di pelbagai peringkat. "Pertama, kita perlukan penglibatan secara sukarela, bukannya paksaan. Guru di sekolah dan pihak universiti juga harus menggalakkan penglibatan pelajar dalam sukan ekstrem, sekurang-kurangnya mereka tahu kewujudan sukan ini yang mempunyai panduan dan jurulatih yang diiktiraf.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sukan ekstrem, Pembangunan bakat sukan, Orienteering |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 09 Sep 2021 03:14 |
Last Modified: | 09 Sep 2021 03:14 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |