Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia

Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1): 217. pp. 187-2003. ISSN 2180-0782 (2009)



Abstract

Kajian ini meneroka konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes pengalaman laluan kerjaya enam orang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) pelbagai industri dalam konteks Malaysia. Data daripada temu bual tentang pengalaman usahawan tersebut mendedahkan konsep kesediaan keusahawanan yang terdiri daripada dua kategori utama iaitu kemahuan dan kebolehan. Elemen kemahuan dibahagikan kepada kesediaan sikap, kekuatan kerohanian dan kesediaan pembelajaran. Manakala kategori kebolehan terdiri daripada kesediaan aspek pemikiran keusahawanan, vokasional keusahawanan dan pengetahuan keusahawanan. Taksonomi kesediaan keusahawanan daripada pelbagai dimensi ini dapat digunakan untuk mengenal pasti elemen kesediaan yang wujud pada seseorang bagi
dalam usaha menyediakan mereka untuk menceburi kerjaya keusahawanan.

Item Type: Article
Keywords: keusahawanan, pendidikan keusahawanan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 23 Jul 2020 08:41
Last Modified: 23 Jul 2020 08:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item