Silat bakal bertapak di sukan olimpik

Silat bakal bertapak di sukan olimpik. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: Acara silat dilihat tidak mustahil mampu bertapak di Sukan Olimpik 2028 Los Angeles atau Brisbane 2032. Setiausaha Teknikal Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Kamarul Ariffin A. Latib berkata, setakat ini perjalanan sukan tempur itu berada di landasan tepat untuk membuat penampilan sulung dalam sejarah Olimpik. “Setakat hari ni, Persilat (Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa) telah sahkan bahawa ada 90 negara yang ada persatuan silat berdaftar di negara terbabit. Lepas syarat pertama. “IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) telah meminta Persilat untuk bersedia membuat demonstrasi di Olimpik Paris 2024. Lepas syarat kedua. “Syarat ketiga, selepas demonstrasi itu berjaya, sukan terbabit harus menunggu antara empat ke lapan tahun bersamaan dua kali penganjuran Sukan Olimpik untuk benar-benar bersedia bagi menyertai kejohanan sukan terbesar dunia itu. “Jika anggaran waktu selepas demonstrasi, bermakna silat akan bertempat di Olimpik sekitar 2028 atau 2032.

Item Type: Newspaper
Keywords: Silat, Sukan olimpik, Malay sports, Sukan tempur, Combat sports
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 21 Oct 2021 04:56
Last Modified: 21 Oct 2021 04:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item