Tempahan hotel di Langkawi cecah 50 peratus - MAH

Tempahan hotel di Langkawi cecah 50 peratus - MAH. [Newspaper] (2021)



Abstract

Hotel di pulau ini yang kehilangan pendapatan selama lebih setahun setengah susulan penutupan sektor pelancongan akibat pandemik COVID-19 sudah menerima antara 20 hingga 50 peratus tempahan bilik sejak Khamis lalu. Tempahan makin bertambah sejurus Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan di pulau peranginan ini yang dipilih sebagai projek rintis program itu bermula Khamis depan. Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat, berkata hotel-hotel yang bernaung di bawah MAH mula menerima tempahan bilik antara 20 hingga 50 peratus, manakala beberapa hotel lima bintang berhampiran Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak menerima lebih 50 peratus tempahan bilik.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelancongan domestik, Vaksinasi lengkap, Tourism Malaysia, Tourism industry, Hotel reservation system
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 15 Oct 2021 23:37
Last Modified: 18 Oct 2021 06:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item