Peranan pengusaha dalam pembangunan warisan tenunan Pahang DiRaja

Peranan pengusaha dalam pembangunan warisan tenunan Pahang DiRaja. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-18. ISSN 2600-9501



Abstract

Negeri Pahang tidak asing lagi memiliki budaya warisannya yang asli dan tersendiri. Tenunan merupakan salah satu tradisi yang bukan sahaja mempunyai nilai-nilai yang tinggi tetapi juga menyumbang kepada industri pelancongan negeri dan negara. Walau bagaimanapun, ketika ini, tradisi ini berdepan dengan keterancaman kepupusan kesan daripada beberapa faktor kritikal pengusaha dan persekitaran sosio-budaya. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan komuniti dalam membangunkan produk warisan tenunan Pahang DiRaja daripada perspektif pengusaha. Kajian ini tertumpu di sekitar Kampung Budaya Pulau Keladi, Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja(IKTPD), Pramu Jaya Pekan, Pusat Tenun Pahang DiRaja Felda (PTPDF), Kompleks Pengembangan Tenunan Pahang DiRaja (KPTPD) Sultan Haji Ahmad Shah Kampung Sungai Soi, Kuantan. Hasil kajian menjelaskan pola keterlibatan komuniti selaku penggerak warisan tenunan Pahang terdiri daripada dua iaitu pengusaha dan juga pekerja. Terdapat tujuh faktor kelestarian pihak pengusaha iaitu faktor produk (Product), faktor harga (Price), faktor lokasi (Place), faktor promosi (Promotion), faktor aktiviti khidmat pelanggan (Physical evidence of customer Service), faktor proses (Process), faktor sumber manusia (People). Kesemua faktor ini berperanan besar dan saling memerlukan dalam membangunkan produk warisan ini di samping mengekalkan dan menjaga kelestarian warisan tenunan.

Item Type: Article
Keywords: Royal Pahang Weaving Heritage Development, Pola keterlibatan, Sustainability Factors, Heritage Tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 23:28
Last Modified: 30 Sep 2021 23:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item