Kesan ekonomi pelancongan terhadap komuniti Batek di Kuala Tahan, Pahang

Kesan ekonomi pelancongan terhadap komuniti Batek di Kuala Tahan, Pahang. Journal of Social Science and Humanities, 4 (1). pp. 1-12. ISSN 1823-884x (2009)



Abstract

Pelancongan dilihat memainkan peranan penting dalam penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan bagi komuniti Batek yang menetap di sekitar Taman Negara, Pahang. Tulisan ini bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran yang dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri pelancongan di Kuala Tahan, Pahang. Dalam konteks ini, komuniti Batek tidak terkecuali turut
menerima limpahan daripada perkembangan industri ini. Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomi pelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja (pemandu pelancong dan pemandu bot) dan juga sebagai subjek tarikan pelancong itu sendiri (ikon budaya). Golongan wanita terutamanya di Kg. Gua Telinga dan Kg. Dedari juga turut melibatkan diri
dalam ekonomi ini sebagai penghasil kraftangan dengan kaum lelaki membantu memasarkan hasil produk tersebut. Walaupun begitu, penglibatan komuniti Batek dalam industri pelancongan ini sama ada sebagai pemandu pelancong dan/atau pemandu bot amat bergantung kepada hubungan baik mereka dengan masyarakat luar, selain mempunyai kemahiran berkomunikasi ketika berhadapan
dengan pelancong asing. Pelancongan juga telah meninggalkan beberapa impak tertentu ke atas komuniti Batek. Antaranya termasuklah mengganggu hak privacy individu dan komuniti Batek, hak komuniti dalam mempertahankan keaslian budaya, membataskan kebebasan bergerak mencari sumber kehidupan daripada situasi sebelumnya, meningkatnya ancaman kesihatan dan jangkitan penyakit dari luar, bertambahnya tuntutan kepada penghasilan produk lebih berkualiti untuk tujuan pasaran, dan akhir sekali meningkatnya persaingan dan eksploitasi punca pencarian dengan pihak luar.

Item Type: Article
Keywords: Batek Community, Kuala Tahan National Parks, Tourism economy, Community involvement, Issues and Challenges, Domestic tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 23:41
Last Modified: 30 Sep 2021 23:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item