Pelancongan kesihatan kian lumpuh, ‘hilang’ berbilion ringgit

Pelancongan kesihatan kian lumpuh, ‘hilang’ berbilion ringgit. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA – Penutupan sempadan negara sejak Mac tahun lalu bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 menyaksikan industri pelancongan kesihatan lumpuh sekali gus mengakibatkan Malaysia kehilangan pendapatan berjumlah berbilion ringgit. Pelancongan kesihatan atau dikenali sebagai pelancongan perubatan merupakan industri bagi tujuan menarik pelancong berkunjung ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan di samping melancong. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Mohd. Daud Mohd. Arif berkata, prestasi industri pelancongan kesihatan negara mencapai paras tertinggi pada 2019 apabila mencatatkan nilai bil penghospitalan berjumlah RM1.7 bilion yang dikutip daripada 1.2 juta pelancong kesihatan. Katanya, nilai tersebut dianggarkan memberi kesan berganda antara tiga hingga empat kali kepada ekonomi domestik, apabila pelancong kesihatan turut ber­belanja bagi kemudahan hotel, makanan dan pengangkutan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelancongan kesihatan, Pengurusan pelancongan, Pelancongan perubatan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Oct 2021 06:45
Last Modified: 08 Oct 2021 06:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item