Langkawi jadi kayu pengukur

Langkawi jadi kayu pengukur. [Newspaper] (2021)



Abstract

Selepas suram hampir dua tahun akibat penangan Covid-19, industri pelancongan negara mula bersinar. Apa yang perlu pemain industri lakukan untuk memastikan sinar ini terus membara? Bagaimana Pulau Langkawi akan menjadi penanda aras industri pelancongan negara? Ikuti wawancara Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) DATUK MOHD KHALID HARUN bersama Pengarang Berita Harian Metro NAZARALI SAERIL, bagi mengulas isu ini. Berapa ramai ahli Mata terpaksa 'tutup kedai' sejak pandemik melanda? Penularan pandemik Covid-19 menyebabkan 100 peratus ahli Mata diarah menutup operasi kerana industri kami, agensi pelancongan dan hotel tidak tergolong sebagai industri perlu. Anggaran kerugian tahunan mencecah RM100 bilion dan ia membabitkan transaksi pelancongan dalam, luar negara, restoran pelancongan dan agensi pengangkutan pelancongan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Pulau Langkawi, Prosedur operasi standard (SOP)
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Oct 2021 06:50
Last Modified: 08 Oct 2021 06:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item