MAH rayu longgar syarat untuk MICE

MAH rayu longgar syarat untuk MICE. [Newspaper] (2021)



Abstract

Langkawi: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) merayu kerajaan melonggarkan syarat bagi agensi kerajaan dan swasta menganjurkan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) di pulau ini. Naib Pengerusi MAH Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat, berkata langkah itu dapat membantu merancakkan kembali perniagaan hotel di pulau legenda itu yang terjejas teruk akibat pendemik Covid-19. Menurutnya, untuk minggu pertama selepas projek rintis gelembung pelancongan dibuka kadar tempahan memuncak malah hotel lima bintang mencecah 80 peratus. "Malangnya, memasuki minggu kedua, kadar tempahan bagi hotel lima bintang menurun ke 45 peratus dan tiga bintang ke bawah sekitar 20 peratus. "Kemerosotan kadar tempahan yang ketara itu memberi gambaran industri perhotelan masih berada dalam keadaan 'nazak' dan perlukan sokongan kerajaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri perhotelan, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), MICE
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Oct 2021 06:55
Last Modified: 14 Oct 2021 07:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item