Sabah buka semula gelembung pelancongan

Sabah buka semula gelembung pelancongan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KOTA KINABALU: Gelembung pelancongan akan dibenarkan semula bagi membantu mengaktifkan kembali aktiviti pelancongan di Sabah, dalam masa terdekat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arrifin, berkata ia selaras keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang sudah melengkapkan vaksin COVID-19. Beliau berkata, pelaksanaan semula konsep pelancongan itu juga sejajar dengan pembukaan pusat pelancongan di Sabah yang dibenarkan untuk individu lengkap vaksin dalam daerah sama. Katanya, konsep gelembung pelancongan akan membolehkan pelancong tempatan melancong di luar daerah masing-masing, namun ia perlu dilakukan melalui agensi pelancongan dan hotel yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Gelembung pelancongan, Sabah, Travel and tour operations
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 15 Oct 2021 23:43
Last Modified: 18 Oct 2021 01:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item