Aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti dalam perkhidmatan teknologi maklumat: fokus kepada bahagian perkhidmatan pengguna Sektor Awam

Aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti dalam perkhidmatan teknologi maklumat: fokus kepada bahagian perkhidmatan pengguna Sektor Awam. Jurnal Antarabangsa (Teknologi Maklumat) (3). pp. 33-52. (2002)



Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti (aspek kualiti) di dalam Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) di sektor awam dan tumpuan diberikan kepada Bahagian Perkhidmatan Pengguna atau Bahagian Perkhidmatan Komputeran (BPP/BPK). Tujuan
kajian ini adalah untuk membincangkan serta mendedahkan aspek-aspek bagi pengurusan kualiti dengan definasi-definasi mengenai kualiti telah dibentangkan. Untuk memenuhi kajian ini, sebanyak 100 set borang soal selidik telah dihantar kepada 50 jabatan awam yang dipilih secara rawak sebagai responden untuk mendapatkan pandangan dan persepsi mereka.
Daripada 100 set borang soal selidik tersebut, sebanyak 86 telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan pakej SPSS. Hasilnya, kajian ini telah mendedahkan aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti (aspek kualiti) untuk diperhatikan. Selain daripada itu, berdasarkan hasil daripada penemuan teori-teori dan data-data penyelidikan, kajian ini telah menghasilkan set aspek-aspek kualiti bagi pengurusan kualiti dalam perkhidmatan ITkhususnya
dalam perkhidmatan awam. Perbincangan secara terperinci mengenai metodologi kajian, pemprosesan data-data dan analisis datajuga diterangkan di dalam kajian ini. Sebagai kesimpulannya kajian ini telah mendedahkan aspek-aspek kualiti yang perlu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan khususnya bagi BPP/BPK.

Item Type: Article
Keywords: Teknologi Maklumat, Pengurusan Kualiti, Sektor Awam, Information technology service management
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 01 Oct 2021 23:15
Last Modified: 06 Oct 2021 08:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item