Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan insan: integrasi konsep duality (konvensional dan islam) dalam silibus kursus pengantar IT. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (1). pp. 126-140. ISSN 2289-8042 (2017)
Abstract
Kajian ini membandingkan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan insan sebagai satu subjek kursus pengantar Teknologi Maklumat (IT) di Institusi Pengajian Tinggi Swasta Islam (IPTSI) Malaysia. Kursus umumnya mencakupi aspek adab pengendalian maklumat, isu-isu yang berkaitan dengan teknologi komputer dan teknologi maklumat. Tujuan kursus ini adalah menanamkan adab dalam kalangan pelajar terhadap pengendalian teknologi maklumat dan teknologi komputer mengikut syariat Islam yang sebenar dan menelusuri perkembangan teknologi maklumat dalam kehidupan Insan yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan pembangunan ekonomi, pendidikan dan pembentukan sahsiah ummah. Lebih lanjut, kursus ini menjawab pemasalahan yang sering diperkatakan mengikut perspektif Islam dan bersesuaian dengan kedudukan teknologi maklumat dalam kehidupan Insan dan menjelaskan bagaimana kehidupan Insan yang beradab dan berakhlak dapat menghadapi cabaran dalam proses globalisasi, industrialisasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Hasil pembelajaran kursus ini akan dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas teknologi maklumat dan komputer serta aplikasi semasa penggunaannya. Objektif kajian ini adalah menghasilkan silibus kursus pengantar IT yang mengintegrasi konsep dualiti (konvensional dan Islam).Kajian merungkai permasalahan kajian seperti; Apakah Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) bagi silibus kursus pengantar IT; dan apakah wujud dualiti dalam silibus kursus pengantar IT. Metodologi kajian yang digunakan ialah analisis kandungan silibus, hasil pembelajaran (LO), buku rujukan dan juga kajian lepas. Kata kunci: teknologi maklumat, ICT, , integrasi, Islam dan konvensional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Information technology, ICT, Integration, Islamic and conventional, Human computer interaction |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Mohd Fadhli Samsudin |
Date Deposited: | 01 Oct 2021 23:15 |
Last Modified: | 06 Oct 2021 08:23 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |