Peluang dan potensi Hutan Lipur Sungai Sedim sebagai produk eko pelancongan di Malaysia

Peluang dan potensi Hutan Lipur Sungai Sedim sebagai produk eko pelancongan di Malaysia. GEOGRAFIA Online: Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 107-122. ISSN 2682-7727 (2021)



Abstract

Kekuatan pelancongan Malaysia bukan sahaja terletak pada produk eko pelancongan malah destinasi yang ditawarkan juga murah, selamat dan mudah untuk dikunjungi. Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik bagi segmen eko pelancongan yang semakin di minati bukan sahaja di kalangan pelancong dalam negara malah juga dari luar negara yang ingin melihat keindahan alam sekitar serta menenangkan diri dari kesibukan kota. Produk eko pelancongan di Malaysia bukan sahaja di lihat sebagai satu aktiviti lasak tetapi juga sebagai pemangkin kepada kelestarian alam semulajadi. Hutan Lipur Sungai Sedim (HLSS), merupakan antara destinasi paling popular di daerah Kulim, Kedah yang mana menjadi lokasi kajian. Pemilihan HLSS adalah kerana ciri-ciri dan sumbangan masa depannya kepada semua pihak di kawasan berdekatan selain telah di angkat sebagai salah satu “LIMA destinasi pilihan di Asia Fasifik”. Justeru, kajian ini membincangkan tentang peluang dan potensi HLSS sebagai salah satu produk eko pelancongan terkenal di serata dunia. Pendekatan kajian secara kualitatif telah digunakan dengan penglibatan seramai 59 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa HLSS berpotensi diiktiraf sebagai salah sebuah tarikan destinasi eko pelancongan terbaik di Malaysia di mana pelbagai keistimewaan seperti flora dan fauna, air terjun, Tree Top Walk, sukan air lasak dan sebagainya tersedia buat semua pelancong. Peluang diiktiraf sebagai produk eko pelancongan terunggul di Malaysia amat luas dengan menyediakan produk berfokus (niche-market), program inap desa (home-stay), pembangunan kemudahan dan infrastruktur serta pembangunan keusahawanan kecil dan sederhana.

Item Type: Article
Keywords: Hutan Lipur Sungai Sedim, Ecotourism, Tourism development, Adventure tourism, Tourism destinations
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 23:50
Last Modified: 30 Sep 2021 23:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item